Isnin, 25 Oktober 2010 0 comments

Bicara Fuad Latif: PERSEPSI ITU FITNAH

Persepsi ke atas orang lain
Jika wujud persepsi buruk ke atas seseorang oleh dirimu, ketahuilah kamu akan terkurung di dalam kesempitan jiwa.

Selagi mana kamu tidak membuangkan persepsimu itu, kamu terus akan dihimpit.

Lalu pasti akan wujud pula fitnah dari mulutmu kepada seseorang itu. Kamu akan bertambah sempit apabila fitnah mula berjalar tanpa mampu disekat.

Ketika kita dengki, kita tahu kita dengki, Ketika kita benci, kita tahu kita benci.

Ketika kita cinta, kita tahu kita cinta. Ketika kita khusyuk, kita tahu kita khusyuk. Ketika kita melakukan fitnah, kita tahu kita melakukan sesuatu yang buruk. Ketika kita marah, kita tahu kita sedang marah.

Ketika kita sedih, kita tahu kita sedang sedih. Ketika kita malas, kita tahu kita sedang malas.

Semua orang tahu keadaan dirinya. Namun kita tidak mampu mencabut semua rasa-rasa fujur dalam diri kita walaupun kita puas berusaha kerana ia tetap dikehendaki oleh Yang Maha Mengkehendaki untuk terus memberi kita ilham fujur.

Ketika Allah SWT memberikan ilham fujur pada kita, tiada seorang pun yang mampu menahannya. WALAUPUN KITA TAHU KITA SEDANG DILANDA DENGAN FUJUR.

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya. (QS Asy Syams 91:8)."

Persepsi itu menunjukkan Kamu TIDAK TAHU PERKARA APA YANG BERLAKU SEBENARNYA. Lalu janganlah kamu berpersepsi kerana beberapa ketika kamu PASTI akan melakukan fitnah.

MUNGKIN BUKAN FITNAH DENGAN YANG LAIN, TETAPI PASTI FITNAH BERLAKU DI DALAM HATIMU dengan anggapan-anggapanmu. Hatimu terus sempit. Dirimu akan menjauhi dirinya.

Sikapmu menjadi buruk. Kamu terus membenci, dengki, sakit hati dan pelbagai label dan anggapan terus diberikan oleh fikiran dan emosimu.

Persepsi ke atas diri sendiri
Persepsi merasa dirimu bagus sebenarnya mampu memakan diri. Tujuan asalmu sekadar untuk memberikan motivasi kepada dirimu. Namun kamu terlupa bahawa fikiran dan emosimu mudah dipengaruhi. Otakmu itu hanyalah sebuah alat rakaman. Merakam apa yang kamu rasa. Ketika kamu terus berasa dirimu bagus, pasti suatu ketika fikiran dan emosimu tidak lagi mampu mengawal rasanya.

Maka akan wujud rasa bangga diri. Bermula bangga diri dengan diri sendiri, ia akan perlahan-lahan terus memakan diri. Bangga diri mula terasa ketika diri mula membandingkan kehebatan diri dengan yang lain. Sedangkan ia cuma sebuah persepsi diri sendiri.

Persepsi menjerat dirimu. Bermula untuk bangga sendiri sekadar motivasi untuk lebih maju, kini kamu tidak sedari secara tidak langsung kamu mula merasa yang lain lebih rendah dari dirimu. Nah! inilah permainan fikiran dan emosimu.

Sedarlah bahawa kamu sebenarnya sedang diilhamkan oleh Allah dengan fujur. Jauh di sudut jiwa itu pasti ada suara-suara yang meminta kamu jangan membangga diri. Namun suara-suara itu hanya mampu dikatakan di bibir sekadar penutup kebanggaan diri. Namun jiwa? Aduh! tidak mampu kamu buangkan rasa fujur itu kerana jiwamu dipegang Allah SWT. Selagi kamu tidak datang dan berserah kepadaNya, kamu akan terus dihimpit.

Penyelesaiannya
Lalu, jangan sombong dengan Allah sehingga kamu membiarkan fujur kamu itu menyempit dan terus menyempitkan dirimu.
Apabila wujud persepsi dalam diri, cepat-cepatlah datang ke Allah. Kerana kamu tahu dirimu sedang sakit... sempit. Apa yang dirasaimu, pasti dirimu tahu. Lalu pasrahkan dengan sebenar-benarnya dirimu padaNya. InshaAllah, akan dicabut oleh Allah SWT persepsi itu. Kamu akan mula tenang. Fitnah terhapus. Sempit lenyap.

Tinggalkan kesedaran wilayah jasadmu. Angkatlah sehingga ke kesedaran tertinggi.

Di wilayah tertinggi ini, dirimu terlepas daripada persepsi. Jiwamu pasti tenang. Kerana dirimu terlepas daripada fikiran dan emosi. Yang ada hanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kamu tidak akan terhimpit lagi kerana yang ada dalam dirimu hanyalah kasih sayang daripadaNya. Kamu pasti tersenyum bahagia.
Jumaat, 22 Oktober 2010 0 comments

Bicara Pahrol Juoi:KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” (Surah : )

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?
Ahad, 17 Oktober 2010 0 comments

Pesan untuk anak Muda.

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…
Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…

sumber: Fb Ustaz Kazzim
Sabtu, 16 Oktober 2010 0 comments

JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU

Semua dijemput untuk menghadiri forum muslimah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tajuk forum: Selamatkan Wanita Dengan Syariat
Tarikh: 17 Oktober 2010 (Ahad)
Masa: 8.30 ~ 1.00 petang
Tempat: Pejabat Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN)
No 20-01, Jalan Putra 1, Taman Sri Putra,
81200, Johor Bahru
Penyertaan: PERCUMA

Antara yang menarik Membongkar pelbagai isu wanita masa kini yang tidak berkesudahan malahan semakin parah.Mengemukakan satu penyelesaian yang hakiki yang dapat merungkai permasalahan ini sehingga ke akar umbiTurut sama disertakan beberapa tayangan multimedia

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

019-9292696 (Cik Khadijah) kawasan JB, Skudai
019-7387800 (Cikgu Zainun) kawasan Pasir Gudang
Khamis, 7 Oktober 2010 0 comments

Aku Datang KepadaMU

ya Allah..aku datang ya Allah…aku datang ya Allah….terimalah kedatanganku ya Allah. Aku rindu kepadaMu ya Allah. Aku memerlukanMu ya Allah. Aku datang ya Allah. Maafkan aku kerana datang dengan masalah ya Allah. Aku datang dengan pelbagai hal ya Allah. Aku datang dengan permintaan ya Allah.
Aku datang untuk memohon agar Kau ajari aku tentang hidup ini ya Allah. ya Allah..ajari aku ya Allah jalan yang terbaik ya Allah. Ajari aku jalan yang lurus ya Allah. Ajari aku jalan yang manafaat ya Allah. Ajari aku jalan yang tidak menjadi murkaMu ya Allah. Ajari aku jalan yang bukan jalan yang sesat ya Allah. Ya Allah….terima kasih ya Allah..terima kasih ya Allah”.
Selasa, 5 Oktober 2010 0 comments

RUMAH YG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

1)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

2)Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

3)Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dimana hanya mengambil yang halal.

5)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim.

6))Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

7)Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan soleh dan solehah serta saling memahami dan bertolak ansur.

8)Rumah yang penghuninya menunaikan hak-hak dan kewajipannya.

9)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan rahsia.

10)Rumah yang penghuninya tidak melakukan kerja-kerja haram.

11)Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada perkara-perkara bid'ah.

12)Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.

13)Rumah yang penghuninya penuh dengan salam dan meminta izin.

14)Rumah yang penghuninya saling bermaafan antara satu sama lain.

15)Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada perbuatan tercela.

16)Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.

17)Rumah yang dibacakan surah al Baqoroh setiap tiga hari

18)Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan pada Allah.