Khamis, 30 Julai 2009 0 comments

SAJAK KARYA DR MAZA


Kepada sesiapa yg meminati puisi2 yg menaikkan semangat, sila layari blog DR MAZA di pautan berikut di http://drmaza.com/

Rabu, 29 Julai 2009 0 comments

Tazkirah 7: Ramadhan yg kutunggu,

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?


Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)


Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?


Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.


Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).


Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.


Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.


Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”


Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.


Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.


Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).


Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.


Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..


Asal usul Uwais al-Qarni


Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.


Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.


Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.


Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.


Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).


Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.


Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.


Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.


Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.


Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”


Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.


Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.


Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.


Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.


Doa yang paling utama di malam Qadar


Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.


Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.


Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.


Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.


Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.


Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.


Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).


Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.


Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.


Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.


Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.


Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.


Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.


Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.


“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.


Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.


Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.


Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.


Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.


Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.


Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.



Sabtu, 25 Julai 2009 0 comments

20 Sifat Allah





Zikir ini selalu saya senandungkan ketika menidurkan anak2...sangat berpengaruh dalam memperbaiki jati diri kearah mengenalkan ALLAH pada jiwa anak2 yg masih suci.
Khamis, 23 Julai 2009 0 comments

Alunan Ayat2 suci Alquran yg Sangat Indah...dengar dan saksikan.

DOA SELEPAS MEMBACA QURAN

>


TRANSLATION:
Oh Allah, have mercy on me in the name of the great Quraan,
make it for me a guide and light,
And guidance and mercy,
Oh Allah, make me remember that of it which I have forgotten,
Make me know of it, that which I have become ignorant of,
And make me recite it in the hours of the night and day,
And make it an argument for me, O sustainer of all the worlds,
Oh Allah, set right my faith which is the safeguard of all my affairs,
And set right for me my world affairs wherein is my living,
An set right for me my hereafter on which depends my after life,
And make my life a source of abundance of every good,
And make my death a source of protection for me, protecting me from every evil,
Oh Allah! Make the best part of my life the end of it,
And the last of my deeds the best one,
And the best of my days, the day I meet you,
Oh Allah! I ask of you the best whilst living,
And ask for a good death,
And not a shameful or embarassing return,
Oh Allah! I ask you for the best affair,
The best suplication,
The best success,
The best knowledge,
The best deed,
The best reward,
The best life,
And The best death.
Keep me upright,
Make my scale heavy,
confirm my faith,
raise high my status(in the hereafter),
Accept my Salah,
And forgive my sins,
I ask you for high positions in Paradise,
Oh Allah! I ask you obligation of your mercy,
And determination of your forgiveness,
And the peace of every sin,
And the booty of every reward,
And Winning Paradise,
And surviving from Hell,
Oh Allah! make the result of all our affairs good,
And deliver us from the disgrace of this world and the torment of the hereafter,
Oh Allah! Distribute between us the heedfullness necessary to come between us and the commision of wrong against you,
The obedience necessary for us to gain admission into paradise,
And the unswerving faith necessary to minimise for us the tribulations in this world,
Oh Allah! Allow us to enjoy our hearing, our sight, and our strength for as long as we live,
And make that enjoyment our heir(so that the people that we have befitted could pray for us), and place our vengeance on those that have wronged us,
And give us victory over our enemies,
And try us not in our faith,
Neeither make this world our greates concern,
or the extent of our knowledge,
Nor give power over us to those who would oppress us,
Oh Allah! Leave no sins of ours in this assembley unforgiven,
Nor any grief without being relieved,
Nor any debt without being paid,
Nor any difficulty in this life or the hereafter without being facilitated,
Oh the most merciful of all that is Merciful,
Our Lord! Give us the good of this world and the hereafter,
And save us from the torment of the fire,
Oh Allah! send peace and salutation upon Muhammed (PBUH) and his family, his companions and those that follow him,
AMEEN!

Printer oh printer

Orang tua selalu berpesan..kalau buat kerja jangan bertangguh. Betul saya tak tangguh. Sejak dari awal saya dah cari bahan untuk Tazkirah 6.. Tapi macam banyak sangat yg nak dimasukkan. Akhirnya saya ringkaskan menjadi satu muka. Short and precise. Bila nak print. ada yg tak kena...macam nak menangis. Nasib baik ada teman2 yg boleh saya rujuk. Sebab tu cerita saya tentang hal keluarga muslim ni belum selesai. Might be dalam tazkirah yg bakal diadakan pada 15 ogos insyaAllah di rumah Niza Selayang 12, saya akan sambung kupasan cerita apa yg patut dilakukan oleh keluarga Muslim dalam menyambut ketibaan Ramadhan. Ada Bantahan?

Tazkirah 6 : Keluarga Muslim

http://islaminmauritius.org/GHX2/muslim_kids_praying300.jpg


Jenuh saya mencari foto yg sesuai untuk ditampilkan bersama2 dgn post ini. Mulanya dah postkan teksnya tapi entah kenapa ada teknikal problem...jadi yg sebelumnya telah saya padamkan dari paparan. Semasa melayari google untuk mendapatkan foto keluarga muslim, saya ditemukan dgn gambar2 yg sungguh tidak sopan paparannya. Islam digambarkan sebagai bangsa terorist dan biadab. Kenapalah anggapan seperti itu wujud sedangkan Nabi Muhammad diturunkan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Untuk itu biarlah kita semak dulu teks ringkas yg telah saya bincangkan dalam tazkirah semasa di rumah Kak Nyah 2 minggu lepas.

Keluarga Muslim

MASJID yg memberikan pengalaman keagamaan pada setiap anggota keluarga.
MADRASAH yg mengajarkan nilai2 islam
BENTENG yg melindungi dari setiap gangguan fizikal dan bukan fizikal.
RUMAH SAKIT yg memelihara dan merawat kesihatan jasmani dan rohani anggota keluarga.
TURUT SERTA DLM PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM dimana dari keluarga dilancarkan pejuangan2 dan terlahir kader2 dakwah.

Kewajiban bersama suami/isteri:
  1. menjaga iman dan meningkatkan ketakwaan di mana syariat islam dijadikan kayu ukuran dalam semua aspek kehidupan seperti giat beribadat khusus solat, bermuamalah secara islam, giat dalam dakwah, menjaga makan dan minum agar selalu halal, menutup aurat dan mendidik anak menjadi orang yg soleh.
  2. Berakhlak mulia seperti bersyukur atas nikmat yg didapati, sabar bila hadapi kesulitan, tawakal bila mempunyai perancangan, musyawarah dalam menyelesaikan persoalan, tolong menolong dalam kebaikan, memenuhi janji apabila berjanji, segera bertaubat bila berdosa dan minta maaf bila bersalah, saling berbaik sangka, mempererat tali silaturrahim dgn keluarga suami dan isteri, hiasai rumah dgn bacaan AlQuran, membiasakan salam, menghormati tetamu dan berbuat baik pd tetangga, menginfakkan sebahagian rezeki untuk orang lain, berbuat baik kepada orang tua dan mertua serta menjaga kebersihan dan kesihatan.
  3. Menghindari maksiat seperti syirik, durhaka,zina, membunuh jiwa tanpa hak seperti pengguguran kandungan, riba, meninggalkan ibadah, meninggalkan dakwah, membuka aurat, dan berakhlak buruk.
  4. Saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.


RUMUSAN
Kekuatan keluarga sakinah didokong oleh 4 perkara:
  • Memiliki kecenderungan agama
  • yg muda menghormati yg tua dan yg tua menyayangi yg muda
  • sederhana dlm berbelanja
  • santun dalam pergaulan dan selalu melakukan muhasabah diri.


Isnin, 20 Julai 2009 0 comments

Harta berharga milik Almarhum Fathi Yakan yg ku miliki.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4C5_41l32JiUdMtaSdDozfTrjffFPq6kLZ86deg4MeoKbalIgXR46pfcjS3APjyN6oBUnc3wxEVKWO2OneOrlmyyczHqZII2FBlwmNikMjaN2qD1qRk3Qp7HMjjzW_HQ3QR3yUEIASVU/s400/fathi%20yakan.jpg



Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Almarhum Dr Fathi Yakan memang telah hampir 2 bulan meninggalkan kita semua. Kembali menemui sang pencipta dengan meninggalkan amal kebaikan yg tak terhitung oleh kita. Buku karangan beliau APA ERTINYA SAYA MEMELUK ISLAM merupakan bahan paling popular dalam program usrah sebagai teks utama. Saya sendiri sehingga kini masih menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan penting dalam mengolah bahan untuk program tazkirah AKHAWATUL MUSLIMAH TPP. Buku ini telah dihadiahkan oleh teman sebilik SAEJAH DENAN semasa menghuni blok Kelah, Kolej kediaman Ke 5 UPM, 21 tahun lalu.... Tertera kata-kata yg berbunyi:

Khas untuk KAK IZAN: perjalanan meniti jambatan usia.

Terima kasih untuk Saejah yg telah menghadiahkan buku ini...buku yg membawa saya mengenal hala tuju hidup sebenar. Mudah2an isi buku ini dapat memandu perjalanan program agar tidak tergelincir dari landasannya. Mengenai penggunaan internet di sini diperturunkan artikel yg pernah ditulis oleh Almarhum Dr Fathi Yakan pada tahun 2002 sebagai amanat kepada kita semua.

Dr. Fathi Yakan, Selasa, 5 oktober 2002.

'Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya.Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.


Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)

Dan firman Allah yg maksudnya:

dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Inilah kerugian yang nyata.Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(Hadis Riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.Amin ya rabba al alamin.


Sabtu, 18 Julai 2009 0 comments

Selamat Berbahagia Untuk Dila anak Kak Nyah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari yg dinanti telah tiba. Sudah sekian lama seisi keluarga merencanakan yg terbaik untuk majlis ini. Nampak gayanya ibu dan bapa pengantin telah kelihatan agak lelah melayani para tetamu. Namun di wajah Kak Nyah dan Abg Samseh terbayang kepuasan kerana majlis yg diatur berjalan dgn baik.

Saya dan Gee serta anak2 tiba di rumah pengantin sejam sebelum majlis berakhir. Dapatlah kami merasa juadah istimewa yg disediakan dlm suasana yg agak lengang. Nak pergi awal, pasti bertembung dgn org ramai. Nak parking kereta yg susah.... sebab tu datang di hujung majlis. Waima apa pun didoakan semoga Puan Noradilah Samseh dan pasangan sentiasa diberi Allah petunjuk agar dapat melayari bahtera rumahtangga yg sakinah dan penuh rahmah.

MAha suci Allah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mukjizat Alquran tentang Otak

MJ telah selamat disemadikan, disaksikan oleh jutaan pasang mata manusia di seluruh belahan dunia. Malangnya jasadnya dikebumikan tanpa otak. Mendengarkan berita ini hati saya tertanya2 kenapa Raja Pop yg digilai ramai peminatnya itu perlu dikuburkan tanpa otaknya. Lewat pembacaan dari media eletronik cerita itu bagai mencetuskan minat saya untuk membuka ole-ole yg dibawa pulang oleh suami dari tanah seberang. Akhirnya persoalan2 dalam benak hati ini terjawab...


Salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw yg terbesar adalah AlQuran, yakni kitab suci yg terpakai sampai akhir zaman. Dalam gambaran yg sejati ia tidak pernah berubah sedikit pun walau telah diterjemahkan ke dalam ratusan bahasa yg ada di dunia. Al Quran memuatkan banyak hal yg melebihi dan mengatasi zamannya.


Selaras dalam kajian terkini mengenai otak manusia, AlQuran secara jitu dan terperinci telah mempotrekkan bahawa kulit otak merupakan pusat keperibadian dan intelektual tertinggi bagi manusia. Cerebrum (otak besar) terutama daerah yg disebut lobus frontal bertanggungjawab untuk membuat keputusan untuk fungsi2 pendengaran, penglihatan dan pembicaraan.


Komponen otak yang bergulung diselaputi oleh kulit yg berkedut2 . Jika kulit otak ini dibentangkan ia boleh mencapai keluasan seluas 2,352 cm persegi.Fungsi kulit otak yg paling utama ialah fungsi mengingat yakni sebagai storan data yg menyimpan maklumat dan catatan perlakuan manusia semasa di dunia.Perkara ini dijelaskan oleh Firman Allah dlm surah Al Isra' yg berbunyi:

Dan tiap2 manusia telah kami tetapkan amal perbuatanya(sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yg dijumpainya terbuka. (QS AL Isra' 17:13)

Secara tersurat dinyatakan bahawa semua perbuatan manusia di dunia sedar atau tidak akan dicatat dlm sebuah kitab. Kitab inilah yg akan dihamparkan dan berbicara di akhirat nanti.


Dan diletakkan sebuah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yg bersalah ketakutan terhadap apa yg tertulis di dalamnya dan mereka berkata, ADUHAI CELAKALAH KAMI, KITAB APAKAH INI YG TIDAK MENINGGALKAN YG KECIL DAN TIDAK PULA YG BESAR, TETAPI IA MENCATAT SEMUANYA. Dan mereka mendapati apa yg telah mereka kerjakan ada tertulis dan TUHANMU tidak menginaya seorang pun jua. (QS AL KAHFI 18:49)


Barangkali penemuan inilah yg menyebabkan pakar forensik yg meneliti kes MJ telah membuat keputusan Mj harus dikebumikan tanpa otaknya. Walahuallam. Namun bagi saya sekali lagi Allah telah mempamirkan kebesaranNya untuk saya terus mencari dan mencari CINTA ILAHI.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jumaat, 17 Julai 2009 0 comments

Otak Manusia: Tanda kebesaran Allah yg Terhebat.

http://netsains.com/wp-content/uploads/2008/12/head_and_brain.jpg


Lama betul saya tak menulis. Entah kenapa...mungkin kerana sebok membaca. Kepulangan suami dari Indonesia membawa pulang sebuah buku bestseller bertajuk REVOLUSI IQ/EQ/SQ menjadikan saya terpaku di lembaran2 setebal hampir 500 halaman. Buku ini sebenarnya menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan AlQuran dan neurosains yg paling mutahir...yg seronoknya saya baru mentelaah beberapa surah sebelum itu...antaranya surah Al Ankabut, AL Kahfi dan Al Isra. Surah2 ini kembali dibahaskan oleh penulis buku dalam penemuannya tentang kehebatan otak manusia. Oleh kerana buku tersebut adalah sebuah buku ilmiah perubatan, saya mengambil masa berhari2 kerana cuba untuk memahami kandungannya yg agak teknikal. Masa membaca pula asyik terganggu dgn kerenah anak bongsu yg sering mengajak umminya ini bermain bersama2. Dugaan2... walau bagaimana pun saya akan cuba berkongsi apa yg telah saya temui.... Sesungguhnya amat benarlah kata2 Allah bhw penciptaan manusia itu adalah sebaik2 kejadian...Insyaallah n3 saya selepas ini akan berkisar tentang Mukjizat Al Quran tentang Otak. Tunggu ye....
Ahad, 5 Julai 2009 0 comments

PENTING-INFO POLIS

ASSALAMUALAIKUM.
BERKAITAN DENGAN POSTING TUAN HAMBA BARU2 NI,BERIKUT ADLH NO TELEFON POLIS JIKA TERJADI APA2.
BALAI POLIS TPP :07-2524122
GERAKAN IPD SERI ALAM :07-3871422