Jumaat, 15 Mei 2009

Pesanan ketika mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita

amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....

lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,

jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas

menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun

semasa azan berkumandang (peringatan untuk diriku jua).

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu

kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh

mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya

ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap

kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya

akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak

kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,

lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut

menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita

bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu

untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang

berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Sahabatku ketika sedang mendengar laungan azan berkumandang perlahankan lah lagu dan muzik yg kita dengar dan jangan lupa bangkitlah dirimu dari pebaringan sekiranya sahabatku sekalian sedang baring atau tidur kerana di takuti ketika sahabatku kembali keRahmatullah jasad mu terlalu berat untuk di usung dan di bawa keliang lahat.

Pesanan ini dikirimkan oleh adinda kesayangan ,Puan Azura Nen semoga hidupnya diberkati Allah selalu.Amin


0 comments:

Catat Ulasan