Selasa, 22 September 2009

Kenapa rumah kita mahal?


Dua anak beranak sedang dalam perjalanan ke rumah baru yang baru dibeli oleh si ayah. Sepanjang perjalanan, anaknya tidak habis-habis mempersoalkan mengapa rumah yang dibeli itu lebih mahal berbanding harga biasa .

" Kamu akan tahu apabila sampai ke sana nanti, " jelas si ayah.

" Inilah rumah baru kita, " kata si ayah sambil menunjuk sebuah rumah yang sederhana. Ia terletak di sebuah penempatan yang agak besar.

" Eh, tidak ada apa-apa kelebihan pun. Rumah ini biasa saja ayah, " kata si anak.
" Nanti kamu akan tahu apa kelebihan rumah ini."

" Oh, mungkin kerana itu ya?!" ujar si anak sambil menunjuk ke luar tingkap. Sebuah masjid tersergam indah tidak berapa jauh dari rumah mereka itu.

" Itu mungkin salah satu sebabnya."
" Mungkin? " balas si anak, masih tidak puas hati.

Sejurus kemudian, kedengaran salam, dan muncul beberapa orang di muka pintu,

" Kami jiran awak. Selamat datang ke kampung kami. Ada apa-apa yang boleh kami bantu? " kata salah seorang daripada mereka.
" Jika tidak keberatan, jemput makan tengah hari di rumah saya. tentu awak belum bawa peralatan memasak, kan?! " ujar seorang yang lain pula.
" Petang nanti jemput minum di rumah saya. Boleh kita berbual-bual tentang aktiviti di tempat ini," ujar lelaki ketiga.

Kesemua begitu ramah dan mesra.

" Sekarang kamu sudah faham kenapa ayah beli rumah ini, walau harganya agak mahal sedikit?" soal si ayah.
" Ya,ya. Saya sudah faham, ayah. Jiran-jiran kita ini baik-baik belaka, " balas si anak, tersenyum memahami.

Pengajaran: Nilai mahalnya sebuah rumah sebenarnya terletak pada jiran, bukan pada harga rumah . Kerana jiran tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

0 comments:

Catat Ulasan