Isnin, 14 Disember 2009

Wuduk, solat: Terapi yg dipinggirkan


Kita mudah memperuntukan 24 jam sehari untuk makan, berkerja, belajar, berseronok, dengan keluarga atau rakan-rakan tetapi bila tiba bab solat,kadang-kadang ia jadi susah.tidak semena-mena tulang belakang jadi liat,kaki yang lincah melompat menjadi kendur . Bersolat adalah manifestasi kehambaan yang paling tinggi sebagai kaedah berkomunikasi secara intim antara seorang hamba dan Allah s.w.t. Rencana ini selanjutnya akan membincangkan tentang kebaikan yang terkandung di dalam air wudhuk, hikmah bersujud dan solat tahajjud.Air mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia. Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai 'signal' yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya.Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan daripada hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat. Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang secara kerap adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan."Wuduk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan wudhuk dapat memelihara semua deria atau pancaindera Muslimin daripada gelombangan jarak jauh yang melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan iman. "Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang. Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwuduk dan mandi
Ketika mula bersolat atau qiyam, seluruh pemikiran akan dipusatkan. Konsentrasi akan diberikan kepada Allah dan lidah pula tenang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Bak kata Prof. Zulkifli lagi," Kita akan switch segala saraf daripada simpatetik kepada para simpetetik" Selanjutnya, bersujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t ulama fiqh menggalakkan agar kita bersujud lebih lama.

0 comments:

Catat Ulasan