Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Selasa, 9 Mac 2010 0 comments

BERITA KESIHATAN DARI RKi

BAHAYA PENGAWET DALAM SYAMPU

Bahan pengawet mayat atau Formaldehid yang digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam syampu, juga sebenarnya berbahaya kepada pengguna kerana boleh 'mengawet' kulit kepala dan turut membunuh sel-sel kulit, sekali gus menjadikan pengguna cepat tua sebelum waktunya.

Ketika semua pengeluar bahan kecantikan berlumba-lumba menawarkan produk kecantikan anti penuaan, tanpa disedari pengguna sebenarnya dikelilingi barang kegunaan harian yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia didapati memberi kesan penuaan mendadak kerana menyerang dan merosakkan hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem limpa.

Walaupun menyedari bahaya bahan kimia yang terkandung dalam pelbagai produk kosmetik dan dandanan diri, namun tarikan gadis cantik, berkulit cerah dan rambut ikal mayang mengurai lembut menjadikan ramai pengguna mudah terpengaruh dengan dakwaan iklan.

Pengaruh iklan menyebabkan ramai 'pejam mata' dan tidak mengendahkan maklumat kajian saintifik yang boleh didapati dengan mudah hanya kerana mahu menjadi secantik model atau jurucakap sesuatu jenama.

Tanggapan segelintir masyarakat yang melihat kulit cerah dan rambut lurus berkilat sebagai elemen cantik secara tidak langsung melariskan jualan produk dandanan diri, walaupun ia dikenalpasti mengandungi banyak bahan kimia berbahaya.

Menurut Penasihat AGIF Anti Aging Clinical Centre, Dr Kogelen Govindasamy, beberapa bahan kimia berbahaya dijadikan bahan asas pembuatan syampu iaitu formaldehid, silikon, ammonium dan ejen pembuih seperti sodium lauril sulfat (sodium lauryl sulphate, SLS).

Katanya, kajian menunjukkan penggunaan bahan kimia yang menjadi bahan asas produk dandanan rambut boleh menyebabkan seseorang individu mengalami masalah keguguran rambut serius dan paling menakutkan, ia boleh merangsang penyakit kanser.

"Pada asalnya, formaldehid digunakan untuk dua tujuan, iaitu sebagai bahan pengawet dan penstabil bagi mengelakkan syampu cepat rosak. Ini kerana secara umumnya, ramuan syampu yang menggunakan bahan semula jadi mudah rosak.

"Tanpa bahan pengawet, bakteria akan mudah membiak dalam syampu selepas enam hingga 12 bulan ia dihasilkan. Penggunaan bahan pengawet membolehkan syampu bertahan di pasaran sehingga lima atau enam tahun dengan tekstur serta fungsinya tetap sama seperti ketika ia dihasilkan," katanya.

Dr Kogelen berkata, formaldehid iaitu bahan pengawet mayat, akan menyebabkan penuaan mendadak ke atas pengguna kerana ia boleh membinasakan Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan protein dalam badan pada kadar cepat.

Ini menyebabkan seseorang yang banyak terdedah kepada bahan kimia berbahaya boleh mengalami proses penuaan pra matang dan tampak lebih tua berbanding usia sebenarnya.

Lebih membimbangkan, kebanyakan bahan kimia ini mempunyai struktur molekul halus, mudah meresap ke dalam kulit dan kapilari darah, yang seterusnya akan merebak ke seluruh anggota dan organ melalui peredaran darah.

"Kesannya lebih serius kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Sel-sel kanser dalam badan akan 'dirangsang' untuk bertindak lebih cepat. Ini antara punca yang meningkatkan jumlah pesakit kanser di seluruh dunia, terutama di kalangan golongan muda.

"Orang yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser perlu lebih berhati-hati kerana mereka menghadapi risiko lebih tinggi," katanya.

Namun, demi keuntungan berlipat ganda, pengeluar mengetepikan kesan sampingan bahan kimia berbahaya ini kepada pengguna. Mereka bijak memancing dan menarik perhatian pembeli dengan menggunakan model muda yang sememangnya memiliki wajah cantik.

Dr Kogelen berkata, ramuan kimia paling penting dan lazim dalam kebanyakan syampu serta produk dandanan diri kegunaan harian adalah silikon dan ammonium; kedua-duanya mempunyai ciri sama, iaitu memberi kesan toksik dan merosakkan sel tisu lembut.

Sel tisu lembut ini termasuk paru-paru, sel mukosa dan organ dalam badan seperti hati dan buah pinggang. Kesan penuaan akan lebih ketara di kalangan individu yang mengalami gangguan atau kerosakan organ dalam badan.

Untuk mengetahui kandungan ammonium dalam sesuatu barangan syampu juga mudah, kerana ammonium digunakan untuk menghasilkan syampu yang berkilat bagi mengilatkan rambut.

Malah, pengguna juga dinasihatkan berhati-hati dengan penggunaan bahan pendandan rambut yang didakwa boleh melurus dan melicinkan rambut kerana ia mengandungi banyak sebatian silikon yang boleh meresap terus ke dalam salur darah.

"Kulit kepala kita umpama span yang boleh menyerap apa saja cecair. Dalam keadaan ini, peluang bahan kimia berbahaya meresap masuk ke dalam badan dan salur darah sangat tinggi.

"Paling berbahaya jika bahan kimia yang meresap itu terkumpul di gumpalan sistem limpa dan menyebabkan pengguna mendapat serangan barah. Mereka yang memang ada baka barah menghadapi risiko lebih besar kerana serangan akan berlaku lebih cepat, iaitu pada usia muda," katanya.

Antara bahan kimia yang menjadi komponen lazim syampu adalah sodium lauril sulfat, SLS bertindak sebagai ejen pembuih. Ia dikatakan berbahaya kerana mempunyai molekul sangat kecil dan cepat meresap ke dalam kulit, terutama di kalangan mereka yang ada masalah kelemumur atau luka pada kulit kepala.

Beliau berkata, ejen pembuih kedua iaitu sodium lauretha sulfat (SLES) boleh tercemar dengan bahan 1,4-dioksin yang muncul ketika penghasilan SLES. Bahan ini dikenalpasti boleh mengganggu penghasilan hormon dan meniru hormon estrogen.

Bahan ini memberi kesan besar kepada kedua-dua jantina. Ia meninggikan peluang mendapat barah payu dara dan endometriosis pada wanita.

Pada lelaki, bahan ini akan menyebabkan tekanan, kekuatan sperma menurun dan paling penting, meningkatkan risiko lemah tenaga batin atau ketidakupayaan ereksi (ED) - yang menjadi trauma lelaki seluruh dunia.

Malah, pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaan bahan kimia seperti diethanolamine (DEA), cocamide DEA atau lauramide DEA yang semuanya mempunyai kesan buruk kepada kesihatan.

"Elakkan membeli syampu atau produk dandanan mengandungi triethanolamine dan monoethanolamide. Dua bahan kimia ini sangat berbahaya; boleh menyebabkan kerosakan pembinaan sel dan membran sel yang memberikan kesan penuaan mendadak. Ia juga akan mengganggu proses pembinaan sel.

Ahad, 23 Ogos 2009 0 comments

Kebersihan gigi



Fadhilat Miswak

"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)


Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)


Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)


Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.


Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."
Sabtu, 22 Ogos 2009 0 comments

Kayu Sugi dan plak gigi



gambar plak pd gigi yg diperbesarkan

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menaggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.
Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

Berus Gigi Linen atau Plastik
Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi.Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.


Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.


Kerisauan Yang Berasas..
Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),
“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuatiri mengandungi bahan haram ini.”


Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda s.a.w.