Sabtu, 18 Julai 2009 0 comments

Mukjizat Alquran tentang Otak

MJ telah selamat disemadikan, disaksikan oleh jutaan pasang mata manusia di seluruh belahan dunia. Malangnya jasadnya dikebumikan tanpa otak. Mendengarkan berita ini hati saya tertanya2 kenapa Raja Pop yg digilai ramai peminatnya itu perlu dikuburkan tanpa otaknya. Lewat pembacaan dari media eletronik cerita itu bagai mencetuskan minat saya untuk membuka ole-ole yg dibawa pulang oleh suami dari tanah seberang. Akhirnya persoalan2 dalam benak hati ini terjawab...


Salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw yg terbesar adalah AlQuran, yakni kitab suci yg terpakai sampai akhir zaman. Dalam gambaran yg sejati ia tidak pernah berubah sedikit pun walau telah diterjemahkan ke dalam ratusan bahasa yg ada di dunia. Al Quran memuatkan banyak hal yg melebihi dan mengatasi zamannya.


Selaras dalam kajian terkini mengenai otak manusia, AlQuran secara jitu dan terperinci telah mempotrekkan bahawa kulit otak merupakan pusat keperibadian dan intelektual tertinggi bagi manusia. Cerebrum (otak besar) terutama daerah yg disebut lobus frontal bertanggungjawab untuk membuat keputusan untuk fungsi2 pendengaran, penglihatan dan pembicaraan.


Komponen otak yang bergulung diselaputi oleh kulit yg berkedut2 . Jika kulit otak ini dibentangkan ia boleh mencapai keluasan seluas 2,352 cm persegi.Fungsi kulit otak yg paling utama ialah fungsi mengingat yakni sebagai storan data yg menyimpan maklumat dan catatan perlakuan manusia semasa di dunia.Perkara ini dijelaskan oleh Firman Allah dlm surah Al Isra' yg berbunyi:

Dan tiap2 manusia telah kami tetapkan amal perbuatanya(sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yg dijumpainya terbuka. (QS AL Isra' 17:13)

Secara tersurat dinyatakan bahawa semua perbuatan manusia di dunia sedar atau tidak akan dicatat dlm sebuah kitab. Kitab inilah yg akan dihamparkan dan berbicara di akhirat nanti.


Dan diletakkan sebuah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yg bersalah ketakutan terhadap apa yg tertulis di dalamnya dan mereka berkata, ADUHAI CELAKALAH KAMI, KITAB APAKAH INI YG TIDAK MENINGGALKAN YG KECIL DAN TIDAK PULA YG BESAR, TETAPI IA MENCATAT SEMUANYA. Dan mereka mendapati apa yg telah mereka kerjakan ada tertulis dan TUHANMU tidak menginaya seorang pun jua. (QS AL KAHFI 18:49)


Barangkali penemuan inilah yg menyebabkan pakar forensik yg meneliti kes MJ telah membuat keputusan Mj harus dikebumikan tanpa otaknya. Walahuallam. Namun bagi saya sekali lagi Allah telah mempamirkan kebesaranNya untuk saya terus mencari dan mencari CINTA ILAHI.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jumaat, 17 Julai 2009 0 comments

Otak Manusia: Tanda kebesaran Allah yg Terhebat.

http://netsains.com/wp-content/uploads/2008/12/head_and_brain.jpg


Lama betul saya tak menulis. Entah kenapa...mungkin kerana sebok membaca. Kepulangan suami dari Indonesia membawa pulang sebuah buku bestseller bertajuk REVOLUSI IQ/EQ/SQ menjadikan saya terpaku di lembaran2 setebal hampir 500 halaman. Buku ini sebenarnya menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan AlQuran dan neurosains yg paling mutahir...yg seronoknya saya baru mentelaah beberapa surah sebelum itu...antaranya surah Al Ankabut, AL Kahfi dan Al Isra. Surah2 ini kembali dibahaskan oleh penulis buku dalam penemuannya tentang kehebatan otak manusia. Oleh kerana buku tersebut adalah sebuah buku ilmiah perubatan, saya mengambil masa berhari2 kerana cuba untuk memahami kandungannya yg agak teknikal. Masa membaca pula asyik terganggu dgn kerenah anak bongsu yg sering mengajak umminya ini bermain bersama2. Dugaan2... walau bagaimana pun saya akan cuba berkongsi apa yg telah saya temui.... Sesungguhnya amat benarlah kata2 Allah bhw penciptaan manusia itu adalah sebaik2 kejadian...Insyaallah n3 saya selepas ini akan berkisar tentang Mukjizat Al Quran tentang Otak. Tunggu ye....
Ahad, 5 Julai 2009 0 comments

PENTING-INFO POLIS

ASSALAMUALAIKUM.
BERKAITAN DENGAN POSTING TUAN HAMBA BARU2 NI,BERIKUT ADLH NO TELEFON POLIS JIKA TERJADI APA2.
BALAI POLIS TPP :07-2524122
GERAKAN IPD SERI ALAM :07-3871422

Perhatian perhatian.......

salam sejahtera untuk semua pengunjung blog ini, tak kira di mana anda berada. Maaf jika telah lama tidak mengemaskini bahan di sini kerana tuan hamba ini sebok sedikit...cemas pun ye jugak. Apa taknya pada pagi Jumaat yg penuh berkah tiba2 kami sekeluarga terperasan ada 3 buah kereta peronda polis di depan rumah... Suspennyer...Ropanya jiran kami buat laporan kawasan rumahnya diceroboh dik 2 orang yg katanya bersenjata parang. Zup, Kecut perut dibuatnya. Mula tu tuan hamba ni cool aje. Tau2 ropanya rumah tuan hamba pun turut diceroboh sama. Gate rumah yg menghadap ke tanah lapang tu koyak besar. Ya Allah... dari tanda2 yg ditinggalkan, memang rumah tuan hamba yg dimasukinya terlebih dulu. Siap tinggal selipar, lepas tu capal tuan hamba ni yg diambilnya. Kenapa dia tukar tuan hamba pun tak tahu....

Dilanjutkan cerita...tuan hamba pun buat laporan polis dekat balai terdekat sebab menurut jiran tuan hamba you better go to make it clear so the police know that it is serious. Dlam kecoh2 tu dapat berita ropanya last week rumah one of our friends di tpp ni, rumahnya dimasuki perompak. Anak2 kena ikat. Habis peralatan berharga macam laptop, kamera kena angkut sekali...Kesian sungguh. Mesti trauma.

Dipendekkan cerita, dekat bawah ni tuan hamba nak turunkan doa yg telah diajar oleh Rasullullah saw kepada Abu Darda. Doa ni termasuk dalam manzil yg dibukukan dlam AlMathurat. Famous tapi jarang diberi perhatian. So jum ramai2 kita semak.


Doa Terhindar Dari Bencana


“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari. semoga Allah melindungi kita semua. Amin
Sabtu, 4 Julai 2009 0 comments

Tanda Kematian untuk Orang Islam

http://farm4.static.flickr.com/3036/2652091515_779af2167d.jpg

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke riwayat akhir baginda.

Imam Ghazali rahimullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad bin Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat ini memperlihatkan kepada kita, sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita, umat Islam supaya dapat bertaubat dan sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T… walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah S.W.T.
Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah hari pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. Di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku selepas asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita kan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. Semoga kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah, lagi Maha Mengasihi maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh di ubah dengan amalan doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah kelemahan manusia itu sendiri.