Sabtu, 22 Januari 2011 0 comments

Bicara Fuad Latif: Seharusnya Pencarian Kita Sudah Selesai

Seharusnya pencarian kita sudah selesai. Kita tinggal percaya dan yakin serta menyedari atas keberadaan dan kekuasaan Yang Maha Kuasa.

Seharusnya KITA SUDAH MEMILIKI TUHAN DAN HIDUP BERTUHAN!!!

Seharusnya kini kita tinggal untuk benar-benar datang ke Allah tanpa bimbang, ragu-ragu akibat ilmu yang kita reka sendiri yang sentiasa menghijab diri kita. Marilah… sedari Allah.. panggillah Allah dan diam…

Kembali, pulang, hadir ke Allah itu mudah. Tidak perlu peningkan kepala dengan pelbagai hal. Syaratnya yakin 100% pada Allah bahawa tiada Tuhan selain Allah. Allah lah yang Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha segala-galanya.

Lalu terus saja ke Allah. Jangan menghijabkan diri dengan tahap2 itu ini. Terus saja ke Allah. Mengapa bimbang? Kalau tak yakin, baca firman2 di akhir artikel ini.

Perkara nyata yang kita alami dalam hidup ini jelas semuanya adalah kerana wujudnya Maha Pencipta Yang Maha Berkuasa. Al-Quran itu bukan sekadar tulisan tetapi kenyataan sebuah realiti yang kita alami.

Semuanya ditentukan oleh Yang Maha Agung. Tidak ada keraguan lagi tentang Allah.

Pasti dengan penjelasan Allah melalui wahyuNya itu mampu meyakinkan kita. Sehingga Allah SWT macam-macam tanya pada kita…

Tidahkah kamu berfikir?
Tidakkah kamu berakal?
Tidakkah kamu mengetahui?
Tidakkah kamu menyedari?
Tidakkah kamu memperhatikan?
Tidakkan kamu mendengar?
Tidakkah kamu melihat?
Tidakkah kamu mengambil pelajaran?
etc…etc

Sehinggakan Allah berfirman… Maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.( QS. Al Jaatsiyah, 45:3-6).

Apa lagi yang Allah nak terangkan kepada kita ini sehingga kita masih tidak yakin lagi? Apa lagi perkataan yang kita inginkan sehingga benar-benar kita mahu yakin. Semuanya sudah dijelaskan.

Sebenarnya….Yang tinggal kini, kita hanya hidup berTuhankan Allah kerana kita tidak lagi ragu dengan Allah. Sentiasa hadir kepadaNya bukan di atas dasar ilmu pengetahuan. Bukan sekadar kerana ilmu di fikiran.

Tapi benar-benar hadir ke Allah. Bukan terganggu dan terhijab dengan tahap alam itu ini… alam jabarut…alam malakut dan tahap sebagainya yang kita reka sendiri.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita terus ke Allah. Tanpa ragu dengan kesesatan kerana kita yakin dengan Allah. Bahawa sesiapa ingin ke Allah, pasti disambut oleh Allah. Malah Allah SWT yang akan memperkenalkan dirinya sendiri.

Makanya apa lagi yang kita ingin ragukan? Yang kita tidak yakin?

ya Allah yakinilah kami ya Allah tanpa ada ragu sedikitpun ya Allah.

terima kasih ya Allah, terima kasih.

*********************************************

?”Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (QS: 41:53)

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (QS:6:99)

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertakwa. (QS:10:6)

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar (QS:10:67)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.(QS:15:75)

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya). dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran. (QS:15:12-13)

Apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan malam supaya mereka beristirahat padanya dan siang yang menerangi? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (QS:27:86)

Isnin, 13 Disember 2010 0 comments

Dirimu Tercari-cari

Dirimu Tercari-cari
Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.
Kita cuba untuk menipu diri.
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.
Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.
Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.
Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.
Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.
Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.
Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasiti tidak akan bosan.
Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.
Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.
Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.
Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.
Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Isnin, 25 Oktober 2010 0 comments

Bicara Fuad Latif: PERSEPSI ITU FITNAH

Persepsi ke atas orang lain
Jika wujud persepsi buruk ke atas seseorang oleh dirimu, ketahuilah kamu akan terkurung di dalam kesempitan jiwa.

Selagi mana kamu tidak membuangkan persepsimu itu, kamu terus akan dihimpit.

Lalu pasti akan wujud pula fitnah dari mulutmu kepada seseorang itu. Kamu akan bertambah sempit apabila fitnah mula berjalar tanpa mampu disekat.

Ketika kita dengki, kita tahu kita dengki, Ketika kita benci, kita tahu kita benci.

Ketika kita cinta, kita tahu kita cinta. Ketika kita khusyuk, kita tahu kita khusyuk. Ketika kita melakukan fitnah, kita tahu kita melakukan sesuatu yang buruk. Ketika kita marah, kita tahu kita sedang marah.

Ketika kita sedih, kita tahu kita sedang sedih. Ketika kita malas, kita tahu kita sedang malas.

Semua orang tahu keadaan dirinya. Namun kita tidak mampu mencabut semua rasa-rasa fujur dalam diri kita walaupun kita puas berusaha kerana ia tetap dikehendaki oleh Yang Maha Mengkehendaki untuk terus memberi kita ilham fujur.

Ketika Allah SWT memberikan ilham fujur pada kita, tiada seorang pun yang mampu menahannya. WALAUPUN KITA TAHU KITA SEDANG DILANDA DENGAN FUJUR.

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya. (QS Asy Syams 91:8)."

Persepsi itu menunjukkan Kamu TIDAK TAHU PERKARA APA YANG BERLAKU SEBENARNYA. Lalu janganlah kamu berpersepsi kerana beberapa ketika kamu PASTI akan melakukan fitnah.

MUNGKIN BUKAN FITNAH DENGAN YANG LAIN, TETAPI PASTI FITNAH BERLAKU DI DALAM HATIMU dengan anggapan-anggapanmu. Hatimu terus sempit. Dirimu akan menjauhi dirinya.

Sikapmu menjadi buruk. Kamu terus membenci, dengki, sakit hati dan pelbagai label dan anggapan terus diberikan oleh fikiran dan emosimu.

Persepsi ke atas diri sendiri
Persepsi merasa dirimu bagus sebenarnya mampu memakan diri. Tujuan asalmu sekadar untuk memberikan motivasi kepada dirimu. Namun kamu terlupa bahawa fikiran dan emosimu mudah dipengaruhi. Otakmu itu hanyalah sebuah alat rakaman. Merakam apa yang kamu rasa. Ketika kamu terus berasa dirimu bagus, pasti suatu ketika fikiran dan emosimu tidak lagi mampu mengawal rasanya.

Maka akan wujud rasa bangga diri. Bermula bangga diri dengan diri sendiri, ia akan perlahan-lahan terus memakan diri. Bangga diri mula terasa ketika diri mula membandingkan kehebatan diri dengan yang lain. Sedangkan ia cuma sebuah persepsi diri sendiri.

Persepsi menjerat dirimu. Bermula untuk bangga sendiri sekadar motivasi untuk lebih maju, kini kamu tidak sedari secara tidak langsung kamu mula merasa yang lain lebih rendah dari dirimu. Nah! inilah permainan fikiran dan emosimu.

Sedarlah bahawa kamu sebenarnya sedang diilhamkan oleh Allah dengan fujur. Jauh di sudut jiwa itu pasti ada suara-suara yang meminta kamu jangan membangga diri. Namun suara-suara itu hanya mampu dikatakan di bibir sekadar penutup kebanggaan diri. Namun jiwa? Aduh! tidak mampu kamu buangkan rasa fujur itu kerana jiwamu dipegang Allah SWT. Selagi kamu tidak datang dan berserah kepadaNya, kamu akan terus dihimpit.

Penyelesaiannya
Lalu, jangan sombong dengan Allah sehingga kamu membiarkan fujur kamu itu menyempit dan terus menyempitkan dirimu.
Apabila wujud persepsi dalam diri, cepat-cepatlah datang ke Allah. Kerana kamu tahu dirimu sedang sakit... sempit. Apa yang dirasaimu, pasti dirimu tahu. Lalu pasrahkan dengan sebenar-benarnya dirimu padaNya. InshaAllah, akan dicabut oleh Allah SWT persepsi itu. Kamu akan mula tenang. Fitnah terhapus. Sempit lenyap.

Tinggalkan kesedaran wilayah jasadmu. Angkatlah sehingga ke kesedaran tertinggi.

Di wilayah tertinggi ini, dirimu terlepas daripada persepsi. Jiwamu pasti tenang. Kerana dirimu terlepas daripada fikiran dan emosi. Yang ada hanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kamu tidak akan terhimpit lagi kerana yang ada dalam dirimu hanyalah kasih sayang daripadaNya. Kamu pasti tersenyum bahagia.
Jumaat, 22 Oktober 2010 0 comments

Bicara Pahrol Juoi:KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” (Surah : )

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?
Ahad, 17 Oktober 2010 0 comments

Pesan untuk anak Muda.

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…
Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…

sumber: Fb Ustaz Kazzim