SEPATUTNYA DIA...
Manusia ada satu cara berfikir yang perlu diperbaiki. Kebanyakkan manusia berfikir
“sepatutnya dia”
Jarang yang berfikir
“sepatutnya saya”
Dalam apa keadaan pun, dalam rumah tangga dan sebagainya.
“Ustaz, dia kan suami, sepatutnya, dia lah yang pujuk saya kalau saya merajuk”
“Ustaz, dia kan isteri, sepatutnya, dia kena taatlah pada saya”
“Ustaz, dia kan dah besar, sepatutnya dia kena fikirlah sendiri, takkan saya asyik nak ingatkan sahaja”
Ramai orang yang berfikir dengan cara sepatutnya dia. Tapi tak ramai yang berfikir, sepatutnya, apa yang perlu aku buat?
Dengan cara berfikir sepatutnya dia, kita tidak akan memperbaiki diri kita, malahan kita akan ada satu sifat iaitu selalu menyalahkan orang lain.
Kita akan Nampak kesalahan orang lain berbanding kesalahan diri kita sediri. Dan jika semua orang berfikir, sepatutnya dia, tidak ada orang yang akan memperbaiki diri mereka.
Ini berbeza dgn para sahabat, mereka berfikir, sepatutnya saya. Jadi, para sahabat saling tegur menegur, saling memperbaiki diri, semakin meningkatkan amalan, semakin kuat berjuang.
Cuba jika para sahabat berfikir,
Islam tu agama tertinggi, sepatutnya, oranglah datang cari kita di Madinah..
Adakah Islam boleh berkembang dengan cara berfikir, sepatutnya dia.
Jika setiap individu, berfikir, sepatutnya saya, kita akan lihat setiap individu saling bahu membahu, tidak akan ada saling menyalahkan, tidak ada sikap membiarkan orang lain di dalam kesalahan, akan wujud amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.
Dan cara berfikir, sepatutnya saya, akan menyebabkan kita membina kecemerlangan bagi diri, keluarga, masyarakat, Negara dan ummah.
Semoga, kita belajar cara memandang. Jika melihat orang lain salah, jangan tuding satu jari padanya. Tuding sepuluh jari kemudian kesepuluh jari kita itu, kita genggam tangan mereka, kita bimbing dan ajak mereka ke arah yang lebih baik.
Usaha membimbing orang lain, mudah-mudahan, Allah akan membimbing kita.
Catatan:“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat” oleh Uztaz Amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan