Jumaat, 26 Jun 2009 0 comments

Neraka yg digeruni

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembah yang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Isnin, 22 Jun 2009 0 comments

Hilang, Cari dan Jumpa: Pengalaman yg sukar diungkap dgn kata2.

Salam buat teman2 semua.Barangkali ramai yg masih ingat akan cerita tentang mimpi hilangnya ayat Quran dalam tazkirah 5 saya tempoh hari. Di sini saya sertakan terjemahan ayat2 tersebut.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

111. Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Tuhan yang hidup kekal lagi senantiasa mengurus (makhluk-Nya). dan Sesungguhnya Telah merugilah orang yang melakukan kezaliman.
112. Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan ia dalam keadaan beriman, Maka ia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya.
113. Dan Demikianlah kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan kami Telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.
114. Maka Maha Tinggi Allah raja yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu[946], dan Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."


Pada mulanya saya cuba c&p ayat sebenar, tapi tak "compatible" pula. Ayat yg hilang adalah ayat 111 surah Thoha. Tentulah saya cemas bukan kepalang...akhirnya selepas berhari2 meneliti Quran, saya menemui kembali ayat tersebut. Indahnya, semasa membuat pencarian saya menemui berbagai perkara yg mencetuskan minat untuk terus mengkaji Quran dan mengaitkannya dengan Kebesaran Ilahi. Terasa benar indahnya cara Allah mendidik saya....untuk terus mencari dan mencari CINTA ILAHI. Amat benarlah kata2Nya. Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu kabulkan permintaanmu. Subhanallah.


Ahad, 21 Jun 2009 0 comments

Kak Pah dan Lambaian KAABAH


http://jablaii.files.wordpress.com/2007/12/kaabah.jpg


Berbicara dengan ibu ini, terasa kemesraannya seperti telah lama saya kenal. Oleh kerana Kak Pah menjadi tuan rumah untuk program bulan ini, saya mengambil kesempatan berbual dari hati ke hati dgn beliau.

" KAK PAH, boleh tak KAK PAH sampaikan tazkirah hujung minggu ni? "Begitulah saya memulakan bicara sewaktu menalipon beliau." Ala ZAN, akak tak pandai bercakap" . Begitulah ulasan beliau sewaktu saya mengajukan cadangan tersebut kepadanya... Akhirnya selepas berkongsi cerita tentang beberapa isu, Kak PAH melahirkan impiannya.


"Zan, Akak ingin teman2 kita berpeluang menziarahi Tanah Suci Mekah. Kita semua mesti ada niat dan azam untuk menjadi tetamu ALLAH. " Kak Pah terus melafazkan kalimah talbiah. Dari sebutannya ada getar hiba dan sayu seperti dia rindu untuk kembali ke sana. Akak rindu untuk kembali menjadi tetamu Allah. Mudah2an akan ada kesempatan kedua. Akak nak pesan...bila ternampak gambar kaabah di mana juga, berdoalah dengan sungguh2 agar kaabah melambai kita..kalau tak, takut bila ada duit yg melambai kita bukan Kaabah tapi SALE yg dtg dari pelbagai punca. Bersederhanalah dan berhemat. "

Alhamdulillah, akhirnya Kak PAH meluahkan isi hatinya...Teman2, benar kata Kak Pah. Menjadi tetamu ALLAH harus kita jadikan salah satu dari matlamat hidup.

Semoga sepetang di rumah kak PAH hati kita semakin mendekat kepada NYA.
Sabtu, 20 Jun 2009 0 comments

Sepetang di rumah Kak Pah /Hj Midon

Syukur alhamdulillah, majlis di rumah K.Pah telah pun selesai. Selepas ini di rumah K.Nyah di Selayang 12 pula. Ptg tadi sempat juga saya berkenalan dengan ramai muka2 baru..tapi yg paling saya tak sangka saya dapat bertemu kembali BIK Neng, seorang teman yg selalu membantu ramai sahabat dlm kerja2 urusan rumah tangga di sekitar tempat tinggal kita. Bila terlihat wajahnya di ceruk dapor, saya terus melabuhkan diri sambil berbual rancak dgn beliau. Memang BIK dtg dari tanah seberang, tapi dia seperti saudara kita kerana sangat rajin jika tenaganya diperlukan. Amanahnya dia ketika berurusan dgn kita sangatlah saya senangi. Mudah2an dia terus kekal menetap di kawasan ini kerana kita semua sayang akan BIK yg seorang ini. Kalaulah semua BIK seperti BIK neng...tentu ibu2 yg bekerja akan rasa aman dan tenteram..

Berbalik dgn cerita di rumah kak Pah.. saya terasa ukhwah yg mula terjalin antara kita akan terus berkembang dengan baik. Kalau dulu saya cuma dapat membalas senyuman, tapi hari ini saya lihat kita semua sudah boleh bermesra dalam satu majlis ilmu. Sebagai moderator saya rasa terharu dgn sokongan semua. InsyaAllah saya berhasrat membuat program khusus untuk remaja pula. Antara program positif dalam minda saya adalah Anda Bijak Jauhi Zina yg dikelolakan oleh Kelab Remaja JIM. Saya mengharapkan input dari semua teman2 kerana prog ini perlu bantuan sukarelawan sekiranya kita ingin mengadakan prog ini di tempat kita. Memang kita bermula terlambat... tapi untuk masa depan putera puteri di TPP, kita belum lagi terlewat.

Sesungguhnya Allah SWT memberi dunia kepada yg suka dan tidak suka. Namun Dia tidak memberikan agama kecuali kepada yg suka. Barangsiapa yg diberi agama, maka bererti dia telah dicintai oleh Allah (Hadith)
Jumaat, 19 Jun 2009 0 comments

Renungan: Hari Jalinan Mesra Vs HARI PERHITUNGAN

Setiap tahun menjelang akhir Jun, saya atau suami pasti akan ke sekolah untuk mengadap guru2 anak2 kami. Ambil report card lah tu....Kebetulan hari lahir saya jatuh pada bulan yg sama. Setiap tahun saya akan menerima hadiah A dari mereka.

Abang: Ummi, alhamdulillah abg dapat semua A
Kakak: Ummi, kakak cuma dapat 11 aje, Allah belum beri izin untuk dapat semua A
Adik : Ummi, Adik belum dapat 9, baru dapat 7 aje.

Syukur Alhamdulillah. Itulah A yg mampu mereka beri. Yg pasti si kecil Wan akan komen..WOW banyaknyer....

Anak2 selalu akan kata ini sahaja hadiah dari kami untuk ummi. Bergenang air mata saya... Mereka semua telah bekerja keras untuk memberi hadiah yg istimewa buat ibu mereka. Itu hari jalinan mesra tapi adakah pada HARI PERHITUNGAN dng ALLAH di yaumil MASHYAR , saya juga akan rasa bahagia?Sekali lagi air mata saya bergenangan, apakah anak2 yg telah saya didik mampu seutuhnya berdiri sebagai khalifah yg mampu mengebarkan panji2 ISLAM? Apakah saya telah mencorakkan mereka dgn seindah2 akhlak spt mana yg ALLAH kehendaki?

Dalam sebak, hati kecil ini terkenang kawan2 baik yg telah kehilangan cahayamata mereka. 2 tahun lepas, Zulfahmi anak Kak La, di Jertih kemalangan jalanraya sebaik keluar dari perkarangan masjid. Tahun ini pula abg Syafik anak cikgu Zainon. Kedua2 anak muda ini adalah anak2 yg sangat baik.ALLAH telah menjemput mereka terlebih dahulu agar mereka ini terselamat dari fitnah dunia akhir zaman.Itulah takdir. Sedangkan kita...entah bila akan mengikuti jejak mereka. Untuk itu, apapun gambaran kejayaan anak2 pada hari jalinan mesra...jgnlah membuatkan kita leka ... kerana jalan menuju HARI PERHITUNGAN KECIL sangat sulit untuk kita jangka. Siapa kata yg tua akan pergi dahulu...Tak ada siapa yg boleh menduga. Sesungguhnya marilah kita bersegera ke arah kebaikan. Rebutlah 5 perkara yg mendasari MASA dlm hidup.

MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, KAYA SEBELUM MISKIN, LAPANG SEBELUM SEMPIT, HIDUP SEBELUM MATI....
Khamis, 18 Jun 2009 0 comments

Al fatihah....

Saya ingin merakamkan kesedihan di atas pulangnya kerahmatullah ZIZA AMIRUL SYAFIK BIN HJ TARMIZI putera teman baik saya HJH ZAINON aka CIKGU ZAINON aka owner TADIKA PINTAR BISTARI pada hari SELASA 16 JUN 2009. Berita sedih ini saya terima lewat sehari. Marilah kita sama-sama mendoakan agar anak muda ini berada di tempat yg baik di sisi ALLAH.Untuk yg ditinggalkan semoga diberikan ALLAH ketabahan hati . Amin.
Rabu, 17 Jun 2009 0 comments

Pejuangan untuk kejayaan











Kisah Seekor Kupu-kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.


Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..


Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.


Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.


Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
Selasa, 9 Jun 2009 0 comments

Sekadar renungan

Rumahtangga yg Bahagia Dtg Dari Akhlak Mulia

http://www.nasheeds.com/store/images/family.jpg





Artikel ini adalah hasil tulisan Ir. Endok Sempok.Ia membahaskan tentang akhlak mulia dlm rumahtangga yg sakinah. Mari kita lihat apa yg boleh kita lakukan agar rumahtangga kita aman bahagia...

# Penghuni rumah yang sentiasa menyucikan dirinya dan sentiasa ingat kepada Allah, mereka menjaga kesucian badan, membersihkan diri selepas buang air besar atau kecil dengan cara yang betul

Kebersihan diri menjadi budaya dan sebagai ibadat dalam bentuk mandi kerana hadas besar seperti mandi junub, haid dan nifas, menggosok gigi dengan siwak, memotong kuku, mencukur bulu, merapikan janggut dan lain-lain.

Mereka juga menjaga kebersihan batin. Hatinya suci daripada dendam dan hasad dengki. Lidahnya dijaga supaya tidak menyakiti orang lain serta tidak menuturkan kata kotor dan tidak berfaedah. Fikiran dan lidahnya hanya mengingat dan menyebut Allah sepanjang waktu.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri?” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

# Rumah dipenuhi alunan bacaan al-Quran dan zikrullah. Orang yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah perumpamaan mereka seperti digambarkan dalam firman Allah bermaksud: “Mereka itu ialah : Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakan orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Surah at-Taubah, ayat 112)

# Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.

# Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil riba.

# Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan, tolak ansur, sabar adalah orang yang menjaga silaturahim. Menghubungkan silaturahim wajib mendapat pahala dan memutuskannya haram dan berdosa.

# Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan, kewangan dan apa juga keperluan mereka.

# Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan salihah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.

# Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing. Bukan suami curang dan isteri derhaka.

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Wanita JIM dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com
Isnin, 8 Jun 2009 0 comments

Antara DOA dan USAHA




Ketika menulis n3 ini, jam masih belum menunjukkan pukul 6 pagi. selesai solat suboh, saya terus duduk di depan komputer. Terkenang suasana di tanah suci lewat 8 tahun yg lalu, ketika wukuf di Arafah, antara doa yg telah saya panjatkan pd Ilahi...


Ya ALLAH, kau jadikanlah daku ini menjadi sumber ilmu kepada teman2 /masyarakat.

Subhanallah. Pd tahun ini doa saya itu telah ALLAH makhbulkan. Namun untuk merealisasikan doa tersebut saya telah bekerja keras supaya doa itu tertunai. Perasaan bahagia begitu terasa, macam org dapat hadiah berkarung emas, kemudian emas itu saya agih2kan agar dapat dimanfaatkan untk semua yg memerlukannya. Ayuh teman2, emas telah pun ada di tangan anda, pilihlah, nak buat pelaburan di mana...Nasihat saya rajin2 melabur di bidang ilmu, sebab hanya dgn ilmu iman terjaga... maruah ISLAM terbela. Kepada teman2 di TPP, saya begitu mengharapkan teman2 semua menggunakan kemudahan yg telah ada pd blog ini dgn bijaksana. Cuma petik di hujung jari....
Ahad, 7 Jun 2009 0 comments

30 TAHUN BERLALU, 2009 kini....


Salam buat semua teman2 di TPP. Telah lama saya berniat untuk menulis n3 ini, tapi tertangguh kerana tak pandai untuk memuat turun gambar untuk dilampirkan bersama artikel ini. Dgn pertolongan anak2, blog ini telah berjaya dikemaskini dgn baik. Terima kasih untuk abg, kak ngah, adik dan wan kerana merekalah, yg telah banyak mendorong saya untuk kembali menulis. Untuk suami...tentunya terima kasih daun keladi...sebab menyediakan banyak kemudahan untuk berkarya. Ummi tak boleh nak balas kebaikan semua org, yg boleh ummi buat cuma berdoa agar setiap org yg telah membantu ummi Allah balas dgn kebaikan hidup dunia dan akhirat.Firman Allah:

وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
(QS anNaml,27 : 19)

Maksudnya: dan berdoa (Nabi Sulaiman) dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)


Apa kaitan gambar di atas dgn tajuk 30 tahun berlalu... Sebenarnya saya sendiri tak pernah menduga akan menjadi warga PG, sebelum ini. Saya pernah datang ke PG pd tahun 1979 krn mengikuti rombongan sek yg membuat lawatan ke Lembaga Pelabuhan Johor. Sewaktu itu PG ni betul2 seperti tmpt jin bertendang. Tak ada yg istimewa... seingat saya sepanjang jalan hanyalah hutan, dan longgokan bukit pasir. Langsung tak menarik....Mungkin itu pandangan saya ketika berumur 13 thn. Tapi, itu semua rahsia Allah sebagaimana dlm Firman-Nya:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ 

(Qs alBaqarah,2 : 216)


Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)


Sewaktu Malaysia dilanda krisis ekonomi pd tahun 1998 suami saya mengambil keputusan pulang ke Johor. Tahun 2000 kami dgn resminya menjadi warga TPP kerana menghuni rmh di fasa Casa Ria. Puas berkeliling mencari rmh akhirnya hati terpaut di sini. Ketika itu tak banyak kemudahan spt sekarang. Sekolah pun blm ada..tapi hari ni kalau sebut TPP macam2 ada ... al maklumlah PG dah berada dalam wilayah tadbir IRDA. Cuma yg tak seronok PG dah makin panas sebab banyak sangat hutan2 di sini dah digondolkan. Sayang betul...Yalah nak tanam pokok bukan mudah, ambil masa bertahun2 untuk membesar Nak musnahkan aje yg senang... Dahlah PG ni kawasan industri...kalau O2 dah tercemar bukan salah siapa....kita juga


Akhir tahun 2008, Hajar dtg bertemu saya untuk memaklumkan bhw penghuni TPP harus melakukan perubahan agar ukhwah kaum ibu di sini dipereratkan. Saya sahut cabaran ini kerana merasakan ingin menjadi manusia yg bermanfaat. Usia pun dah 43 tahun, esok atau lusa mungkin saya meninggalkan teman2 semua. Setidak2nya, ada yang boleh saya tinggalkan sebagai amal jariah. Pada saya, kaum ibu perlu digerakkan sesuai dgn fikrah Islam kerana mereka adalah tulang belakang kepada kebangkitan semula Islam di akhir zaman. Cabaran membesarkan anak2 hari ini jauh berbeza dari zaman ibubapa kita dulu. Cuma satu yg tak berbeza...kita harus menjadi hamba Allah yg IKHLAS. Ikhlas dalam berperanan sebagai isteri dan ibu.


Setelah 4 pertemuan Akhawatul Muslimah barulah blog ini dapat direalisasikan. Syukur Alhamdulillah. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua warga di TPP. Terus terang saya katakan, kebanyakan blog yg saya pautkan dgn kita saya temui di waktu Suboh. Subhanallah..Benarlah..jika kita berusaha menolong agama Allah, Dia pasti membantu. Semuga usaha saya ini tidak sia2. Untuk semua teman2, marilah kita panjatkan doa agar tempat tinggal kita ini menjadi tanah penuh berkah sebagaimana doa yg dipanjatkan oleh Nabi Allah Nuh;

وَقُل رَّبِّ أَنزِلۡنِى مُنزَلاً۬ مُّبَارَكً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡمُنزِلِينَ

(Qs alMukminun: 29)

Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tempatkanlah daku di tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat. (29)







Khamis, 4 Jun 2009 0 comments

Santau dan Penawarnya

Baru-baru ini, salah seorang yg saya kenali telah disantau. Rahmat di sebaliknya, saya telah berjaya menemui artikel yg menarik ini utk dikongsi bersama teman2 semua.

PETIKAN:
Disediakan oleh: Shahila Tahir
Koleksi dr ceramah rawatan santau oleh Tuan Haji Mokhtar Kasan(perawat santau Darussyifa Bandar Baru Bangi)

Apa itu Santau?
Ia rangkaian dari 3 perkara: ramuan, sihir & makhluk halus

Asal Santau: sprti yg diterangkan scr lisan, ia biasanya berlaku di bhgn negara2 asia tenggara sprti Indonesia, Malaysia, Filipina termasuk juga sedikit bahagian selatan China. Ia tidak diamalkan oleh Masyarakat arab/timur tengah/afrika kerana masyarakat di sana lebih menggunakan kaedah sihir yg lain. Biasanya, kalau dahulu di daerah Sumatera, santau biasa digunakan sprt alat permainan masyarakat di sana di mana dlm sebuah kampung jika ada org yg gagah perkasa@ ada org yg mempunyai satu bidang ilmu yg tinggi sprti ilmu agama para penyantau akan cuba menguji sejauh mana kehandalan@kebolehan mangsa2 tersebut. Bagi org2 yg mempunyai ilmu kebal/yg dikatakan gagah perkasa(eg: pahlawan yg sukar ditandingi org biasa) lazimnya tubuh mereka akan kalah dgn santau. Wallahu alam...

baca seterusnya...

AlFatihah...

Semalam(3 JUn 2009), slh seorg teman kita, Pn Faridah bt Ibrahim telah kehilangan ayahanda yg dicintainya, En. Ibrahim. Moga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para anbiyaa, mujahideen dan org2 yg beriman. Utk Pn Faridah dan keluarga, tabahkan hati kerana perpisahan ini hanya sementara. Teruslh menjadi anak yg baik, yg sentiasa mendoakan kesejahteraan org tua.
Ingatlah firman Allah, Surah alBaqarah:

وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (153)


Rabu, 3 Jun 2009 0 comments

Mutiara Berharga Untuk Dimiliki

Petikan Drpd: Emak Aku Adalah‘Women Of Substances’
Ir Endok Sempo binti M Tahir-
M & E Consulting Engineers

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Sudah terlalu lama aku pendamkan niat ini. Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, aku sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas. Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa inilah aku terasa benar-benar memerlukan kehadiran emak di sisi.
Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, masa sakitlah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan aku menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih-tindih. Jelas wajah kasih dan simpati emak. Terasa kelembutan sentuhan emak dan motivasi emak mengalir dalam diri.

Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi aku sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja. Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jati diri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.

Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi

Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islam nya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sungai Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek aku. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ‘guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah aku menantu mereka.

Pada tahun 1949, ayah aku menjadi menantu idaman datuk aku. Emak aku, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa dia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak di kala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil se muda itu (anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zamannya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.

Sepatah kata emak, takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan, menghidupkan dan mendidik anak-anak semuanya tidak sia-sia.

Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ‘pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.

Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’

Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu di kala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda.

Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahawa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agama Nya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya.

Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Doa emak hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya yang teramat muda itu. ...


Ini adalah antara petikan drpd koleksi cerita drpd buku di atas. Pasti tertanya-tanya, apa sambungan cerita ni. Kepada yg ingin memiliki mutiara berharga ini, yg disusun Roha Hassan,bolehlah hubungi K. Izan(Haji Fauzi). Stok yg masih ada hanya 2 buah. Siapa yg cepat, dia yg dpt.


Selasa, 2 Jun 2009 0 comments

Petua Pengambilan Makanan: Kenapa Allah Memerintahkan Manusia perlu makan benda yg baik2 sahaja.

Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.

Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa "tidak boleh makan". Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.

Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.

Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .

Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.