Ahad, 7 Jun 2009

30 TAHUN BERLALU, 2009 kini....


Salam buat semua teman2 di TPP. Telah lama saya berniat untuk menulis n3 ini, tapi tertangguh kerana tak pandai untuk memuat turun gambar untuk dilampirkan bersama artikel ini. Dgn pertolongan anak2, blog ini telah berjaya dikemaskini dgn baik. Terima kasih untuk abg, kak ngah, adik dan wan kerana merekalah, yg telah banyak mendorong saya untuk kembali menulis. Untuk suami...tentunya terima kasih daun keladi...sebab menyediakan banyak kemudahan untuk berkarya. Ummi tak boleh nak balas kebaikan semua org, yg boleh ummi buat cuma berdoa agar setiap org yg telah membantu ummi Allah balas dgn kebaikan hidup dunia dan akhirat.Firman Allah:

وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
(QS anNaml,27 : 19)

Maksudnya: dan berdoa (Nabi Sulaiman) dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)


Apa kaitan gambar di atas dgn tajuk 30 tahun berlalu... Sebenarnya saya sendiri tak pernah menduga akan menjadi warga PG, sebelum ini. Saya pernah datang ke PG pd tahun 1979 krn mengikuti rombongan sek yg membuat lawatan ke Lembaga Pelabuhan Johor. Sewaktu itu PG ni betul2 seperti tmpt jin bertendang. Tak ada yg istimewa... seingat saya sepanjang jalan hanyalah hutan, dan longgokan bukit pasir. Langsung tak menarik....Mungkin itu pandangan saya ketika berumur 13 thn. Tapi, itu semua rahsia Allah sebagaimana dlm Firman-Nya:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ 

(Qs alBaqarah,2 : 216)


Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)


Sewaktu Malaysia dilanda krisis ekonomi pd tahun 1998 suami saya mengambil keputusan pulang ke Johor. Tahun 2000 kami dgn resminya menjadi warga TPP kerana menghuni rmh di fasa Casa Ria. Puas berkeliling mencari rmh akhirnya hati terpaut di sini. Ketika itu tak banyak kemudahan spt sekarang. Sekolah pun blm ada..tapi hari ni kalau sebut TPP macam2 ada ... al maklumlah PG dah berada dalam wilayah tadbir IRDA. Cuma yg tak seronok PG dah makin panas sebab banyak sangat hutan2 di sini dah digondolkan. Sayang betul...Yalah nak tanam pokok bukan mudah, ambil masa bertahun2 untuk membesar Nak musnahkan aje yg senang... Dahlah PG ni kawasan industri...kalau O2 dah tercemar bukan salah siapa....kita juga


Akhir tahun 2008, Hajar dtg bertemu saya untuk memaklumkan bhw penghuni TPP harus melakukan perubahan agar ukhwah kaum ibu di sini dipereratkan. Saya sahut cabaran ini kerana merasakan ingin menjadi manusia yg bermanfaat. Usia pun dah 43 tahun, esok atau lusa mungkin saya meninggalkan teman2 semua. Setidak2nya, ada yang boleh saya tinggalkan sebagai amal jariah. Pada saya, kaum ibu perlu digerakkan sesuai dgn fikrah Islam kerana mereka adalah tulang belakang kepada kebangkitan semula Islam di akhir zaman. Cabaran membesarkan anak2 hari ini jauh berbeza dari zaman ibubapa kita dulu. Cuma satu yg tak berbeza...kita harus menjadi hamba Allah yg IKHLAS. Ikhlas dalam berperanan sebagai isteri dan ibu.


Setelah 4 pertemuan Akhawatul Muslimah barulah blog ini dapat direalisasikan. Syukur Alhamdulillah. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua warga di TPP. Terus terang saya katakan, kebanyakan blog yg saya pautkan dgn kita saya temui di waktu Suboh. Subhanallah..Benarlah..jika kita berusaha menolong agama Allah, Dia pasti membantu. Semuga usaha saya ini tidak sia2. Untuk semua teman2, marilah kita panjatkan doa agar tempat tinggal kita ini menjadi tanah penuh berkah sebagaimana doa yg dipanjatkan oleh Nabi Allah Nuh;

وَقُل رَّبِّ أَنزِلۡنِى مُنزَلاً۬ مُّبَارَكً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡمُنزِلِينَ

(Qs alMukminun: 29)

Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tempatkanlah daku di tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat. (29)







0 comments:

Catat Ulasan